Rabu, 3 Disember 2008

Selasa, 21 Oktober 2008

Khamis, 16 Oktober 2008

Daerah ku Keningau






assalamualaikum semua...bertemu kembali di lembaran yang seterusnya, kali ini aku nak bercerita tentang daerah kelahiran aku KENINGAU. Pasti ramai yang tidak tahu tentang asal usul Daerah Keningau ni kan. Well, aku nak cerita serba sedikit tentang Daerah Keningau yang menjadi kebanggaanku...chewah...biarpun kebanyakan artikel aku petik dari sumber tertentu kiranya bukan original la...tapi aku tetap bangga...
Secara umumnya Daerah kebangaanku ini adalah sebuah daerah yang terletak di Bahagian Pedalaman Negeri Sabah, ia adalah daerah yang tertua dan terbesar di Bahagian Pedalaman. Daerah Keningau boleh dihubungi menggunakan kenderaan dari Ibu Kota iaitu Kota Kinabalu melalui jalan darat dari Tambunan dan juga Kimanis di mana jarak jauh keduanya lebih kurang 128 kilometer. Kalau naik bas express tambang hanya RM14.35 seorang, kalau naik teksi RM30.00 seorang. Murah kan!..
Cerita pasal Asal-usul nama Keningau, Menurut cerita masa dahulu, ada sebuah kampung di mana terdapat banyak pokok kayu manis yang juga dikenali sebagai "kayu keningau" dalam bahasa tempatan. Orang-orang Inggeris menerimanya sebagai rempah dan seterusnya menjualnya sebagai pasaran antarabangsa. Setelah saudagar-saudagar asing mengenalinya, permintaannya semakin bertambah dan semakin lama "kayu keningau" semakin mashyur di pedalaman. Untuk mudah mengenali kampung yang banyak pokok keningau, maka kampung itu dipanggil Kampung Keningau. Untuk memudahkan lagi pengenalan KENINGAU, maka nama Daerah Keningau telapun dibubuh dalam peta. Demikian kisah asal-usul nama Keningau.
Kegiatan ekonomi daerah Keningau tertumpu besar kepada industri pembalakan di mana Keningau merupakan industri pembalakan kedua besar di Negeri Sabah selepas Sandakan. Kegiatan yang lain termasuk penanaman getah, padi dan koko. "Usaha telahpun dibuat bagi mempelbagaikan pertanian di daerah ini. Dengan kerjasama penduduk kampung, Koperasi Pembangunan Desa (KPD) sedang mengusahakan tanah-tanah terbiar dengan berbagai-bagai tanaman kontan yang cepat mengeluarkan hasil seperti halia, jagung, bawang putih, lada hitam, bawang merah, pisang, kopi, sorghum, ubi kentang, kubis, cendawan, broccolli dan strawberry. Meskipun dianggap sebagai daerah terpencil, tetapi keningau merupakan daerah yang begitu cepat membangun. Bandarnya berkembang dan membangun begitu cepat dengan pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Daerah ini mempunyai stadium sukan, padang golf dengan pelbagai kelengkapan, hotel mewah dan sebagainya. Daerah ini boleh dihubungi dari Kota Kinbalu melalui jalanraya atau penerbangan kapal terbang kecil." (penerbangan kapal terbang kecil ini dapat dibuat dengan tempahan dari Sabah Air) - Dipetik dari: Kota Kinabalu : Jawatankuasa Kecil Aturcara dan Program Persidangan, Persidangan menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri ke 17 : Kota Kinabalu, Jawatankuasa Kecil Aturcara dan Program Persidangan. - 1986. ms.24
Kesenian dan Kebudayaan Keningau, Kaum Kadazan/Dusun adalah kumpulan ethnic yang paling ramai di Keningau, mengikut banci tahun 1991, kaum Kadazan/Dusun adalah seramai 45% dari penduduk keseluruhan. Perayaan yang dijalankan setiap tahun adalah Perayaan Pesta Menuai.
Selain Perayaan Pesta Menuai, aktiviti yang sentiasa anda boleh dengar adalah tamu. Dimana ianya adalah satu dagangan bertukar-tukaran barangan kegunaan harian. Tamu adalah bahasa tempatan, tamu yang pertama di Keningau telah diadakan pada bulan Januari, 1898. Ia kemudiannya diadakan 3 bulan sekali . Tamu yang pertama telah diadakan secara besar-besaran. Seramai 47 ketua kampung di seluruh daerah Keningau telah datang untuk merasmikan pembukaan tamu itu. Lebih 1,000 orang telah menghadirinya dan acara-acara hiburan seperti pertunjukkan cara-cara menggunakan taligrap, sukan, pertunjukkan bunga-api dan pertandingan minum tapai telah diadakan untuk memeriahkan lagi perasmian. Di Keningau, kaum pribuminya mempunyai tarian tradisional yang sikit berbeza dengan tarian tradisional yang terdapat di daerah lain.
Antara tempat-tempat menarik di Keningau, adalah seperti berikut:

Keningau Resort
Lokasi: Jln. Kg. Liau Apin-Apin (lebih kurang 16km dari pekan)
Kemudahan: Chalet penginapan, restoranRekreasi: Mini Zoo
Lokasi: Jln Kg. Menawo

Majora Holiday Farm
Lokasi: Kg. Bundu Apin-Apin
Lokasi: Jalan Pasir Putih (lebih kurang 2km dari pekan)
Lokasi: Bukit Kg. Menawo, (lebih kurang 15 minit dari pekan)

Selain dari tempat-tempat yang tersebut di atas, anda boleh juga pergi:

PERKELAHAN - Taman Perkelahan Bandukan (kira-kira 15 km dari pekan Keningau, di Jalan Kg. Bunsit, Bingkor) merupakan sebuah taman rekreasi dan perkelahan yang indah dan dianggap tercantik di daerah Keningau selain dari Taman Perkelahan Tindian di Jalan Apin-apin, Taman Perkelahan Agudon, Air Terjun Mandanan dan Taman Paerkelahan Minansut.

dan

TREKKING - Gua Laing terletak di kawasan hutan tebal, kira-kira 20 km dari pekan Keningau. Untuk sampai ke gua tersebut, pengunjung terpaksa berjalan meredah hutan, turun dan naik bukit serta menyunsur sungai selama kira-kira dua setengah jam. Gua ini kononnya berasal daripada sebuah tajau besar.

Selain dari yang tersebut di atas, anda boleh juga kunjungi Batu Sumpah Peringatan yang terletak di depan Bangunan Urusetia Dearah Keningau.
Itu la serba sedikit cerita mengenai Daerah Keningau, sesiapa yang berminat untuk melancong ke Negeri Sabah janganlah ketinggalan untuk mengunjungi Daerah Keningau. Pasti seronok dan enjoy...